Wednesday, November 5, 2008

Kuliah Maghrib oleh Y.B Ust Nasarudin Daud

Semalam 5 Nov 2008, Rabu , Jemaah Surau Nurul Muttaqin, Taman Melati berkesempatan mendengar dan menimba ilmu dari kuliah yang telah disampaikan oleh Y.B Ust Nasarudin Daud, Timb Speaker Negeri Kelantan dan juga Adun Seri Meranti. Masa diantara maghrib sehingga isyak digunakan sebaik mungkin untuk para hadirin menghayati permata-permata ilmu yang telah dikongsikan oleh Ust Nasarudin Daud. Walau jauh sikit surau Nurul Muttaqin dari rumah ana tapi kerana kagum dengan kehebatan dan kepetahan Ust Nasarudin menyampaikan kuliah & berceramah dan juga kerana beliau antara pimpinan tinggi Pas, ana tetap ke sana walau hujan turun renyai-renyai petang itu. Topik yang disentuh oleh Us Nasarudin adalah bersekitar mengenai Ibadah Haji dan kepentingannya dan kaitannya dengan Perjuangan Islam khususnya di Malaysia.

No comments: