Tuesday, January 6, 2009

Cicak???

Cicakman 2 ;
Just sedikit pandangan...
Kalau pengarah filem orang yang kecenderungan beragama
mungkin dia akan pilih haiwan lain untuk dijadikan maskot hero filem Malaysia... contonhya sesumpah ke... ayam ke... orang utan ke...

Hukum Membunuh Cicak adalah Sunat :

Dipetik dari KITAB NAILUL AUTHAR Himpunan Hadith-Hadith Hukum (Jilid 6) :

1. Dari Said bin Abi Waqqash: Sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak dan Baginda menyebutnya
sebagai binatang kecil penyeleweng (HR Ahmad dan Muslim).

2. Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqas) r.a katanya:”Sesungguhnya nabi s.a.w telah
memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya ‘si penjahat kecil’. ( Riwayat Muslim )


3. Dari Ummu Syarik ra: sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak-cicak (HR Ahmad, Bukhari dan
( Muslim)

4. Bukhari menambah: Nabi saw bersabda: dan cicak itu pernah meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as

5. Dari Abi Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: r0; Siapa yang membunuh cicak pada pukulannya
yang pertama ditulis seratus kebaikan sedang pada pukulan yang kedua dan yang ketiga kurang dari itu. r0;
(HR Ahmad dan Muslim)

PENJELASAN HADITH :

Syarith (Imam Syaukani)) rahimahullah berkata: perkataan r0;Nabi saw menyuruh membunuh cicak r0; itu, disebut r0; fuwaisiq r0; (binatang kecil penyeleweng) lantara sukanya mengganggu (manusia).

Perkataan r0; dan ia yang meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as r0; itu, memang sudah menjadi tabiat binatang ini yang suka memusuhi manusia.

Huraian

Berlaku sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim a.s semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.' Lalu dijawab oleh burung tersebut, “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.” Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)

Wallahu'alam


No comments: