Tuesday, February 3, 2009

Israel akan membina terowong antara Gaza dan Tebing Barat.

Terkini :

Dalam satu dialog dengan pelajar di Universiti Ben-Gurion pada Isnin lalu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, mencadangkan untuk menggali sebuah terowong yang akan menghubungkan Semenanjung Gaza dengan Tebing Barat Bank bagi tujuan mewujudkan apa beliau sifatkan sebagai “kesinambungan geografi”.

Terowong yang dicadangkan adalah sepanjang 48 kilometer dan akan kekal di bawah kawalan Israel manakala Penduduk Palestin akan menguasai lalu lintas dalamnya. Beliau menambah kos terowong seperti itu adalah antara 2 hingga 3 bilion USD dan menambah kos tersebut adalah munasabah.

Kenyataan beliau datang sebagai sebahagian daripada kempennya untuk menjadi Perdana Menteri Israel pada pilihan raya akan datang. Pengerusi Parti Buruh itu membidas Parti Kadima dan berkata Kadima tidak mampu melakukan perubahan dalam partinya dan tidak boleh melakukan perubahan dalam negeri itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

No comments: