Thursday, February 19, 2009

Qudwah Islam untuk YB Eli

Isu YB Elizabeth Wong : Islam ada jalan penyelesaiannya.

Contohilah Akhlak ahli politik Islam yang mengamalkan cara hidup Islam yang syumul. Tiada apa yang kurang kalau kita mengikut apa yang diajarkan oleh Al Quran dan Hadis Nabawi sebagai pemimpin bagi rakyat. Islam amat menekan akhlak yang baik dan budi pekerti, kesopanan dan moral yang tinggi. Islam menjaga dan menutup segala pintu bencana dan malapetaka fitnah dunia.

Capailah kebahagiaan politik dan hidup dengan panduan ikhlas dan suci daripada Islam. Buat YB Elizabeth Wong, pilihlah Islam sebagai cara hidup dan pegangan yang kuat, fahamilah! Islam ada penyelesaiannya dalam setiap masalah kehidupan insan.



Inilah barisan Ahli Parlimen dari Parti Islam Semalaysia (PAS).
Semuanya Insya Allah berakhlak baik, menjadikan Islam sebagai cara hidup yang menjaga diri dari sebarang fitnah dan puncanya.

Ahli parlimen yang beramanah, jauh dari skandal, rasuah dan memelihara diri dari terjebak dalam apa-apa yang tidak baik.

Doakan kesejahteraan mereka membawa imej kepimpinan Islam untuk dipamerkan dalam masyarakat sebagai role model terbaik. Mereka adalah "Duta Islam" pendakwah, pembimbing, pembantu dan sahabat yang baik kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik.

Saya doakan YB Elizabeth Wong agar terbuka pintu hatinya untuk menerima Islam sebagai cara hidup yang terbaik yang menjaga setiap penganutnya dari kecelakaan fitnah dunia.

* Islam menggalakkan kemurnian perkahwinan demi maruah dan kebahagiaan manusiawi.

* Islam amat menjaga batas hubungan lelaki dan wanita demi sebarang fitnah yang bakal timbul dari keduanya.

(Kebanyakan orang tidak kira muslim atau non muslim percaya fitnah hubungan lelaki dan wanita hanya timbul apabila si perempuan dibunting secara tidak sah, ramai yang menganggap bahawa tidak akan ada apa-apa fitnah kalau "pandai makan, pandai simpan", kerana ramai yang lupa atau tidak tahu bahawa ada lagi fitnah yang lain selain daripada itu. Oleh itu amatilah konsep "penjagaan maruah" dalam Islam).

* Islam amat menjaga ummatnya dari terjebak dalam apa jua fitnah dengan maqasidnya " Menjaga nasab", " Menjaga maruah" dan lain-lain lagi.

* Islam terbukti menjaga maruah wanita dan sanggup berperang kerananya seperti di zaman Khalifah Al Mu'tashim yang menyahut rayuan seorang wanita yang dijatuhkan maruahnya.

Dakwah terbuka buat YB
Elizabeth Wong, semua pemimpin Pakatan Rakyat dan semua rakyat Malaysia.

Semoga Allah membuka hati YB Elizabeth Wong untuk menerima Islam.

Akhukum

Pejuang Kecil
Khamis , 24 Safar 1430
10.30 pagi, Hayyu A'syir, Kaherah

No comments: