Thursday, February 5, 2009

Zionis menembak mati seorang rakyat Palestin

Jumaat, 06/02/2008 - Sumber tentera Israel petang Khamis lalu melaporkan seorang lelaki Palestin telah ditembak dan dibunuh oleh askar Israel berdekatan sempadan Gaza-Israel. Tentera itu mendakwa bahawa lelaki itu membawa senjata dan cuba untuk melontar sebutir bom tangan ke arah askar Israel.

Tentera Israel menyatakan bom tangan itu diletupkan berhampiran lelaki Palestin tersebut kerana ditembak oleh askar di situ. Sumber tentera itu juga menyerang kawasan di mana lelaki itu datang dan mencarinya, lapor akhbar harian dalam talian Israel, Haaretz.

Israel Ynet News melaporkan lelaki Palestin itu telah ditembak dan dibunuh apabila beliau mendekati sempadan.

penterjemah : hijjaz79
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

No comments: