Sabtu, 07/03/2009 - Badan-badan amal Baitul Maqdis yang beroperasi di Jordan mengkritik ketiadaan pendirian Arab dan Islam yang berkesan bagi memberikan tekanan terhadap pihak berkuasa Zionis agar memberhentikan perancangan mereka yang bertujuan untuk menyahudikan Baitul Maqdis dan menghalau para penduduknya dari bandar tersebut.
Kenyataan ini dikeluarkan melalui resolusi sebagai menandakan berakhirnya program Seminar Pemikiran Tahunan bagi ‘Forum Pemikiran Arab’ yang diadakan di Amman bertemakan ‘al-Quds sentiasa di kalbu’ pada petang Khamis (5/3).
Putera al-Hasan bin Talal, bekas Putera Mahkota Jordan dalam ucapannya memberikan amaran terhadap perancangan yang dilakukan bagi mengosongkan bandar al-Quds daripada penduduknya yang berbangsa Arab dan mengasingkan bandar tersebut daripada kawasan sekitarnya yang beridentiti Arab. Beliau juga menegaskan keperluan menghulurkan bantuan dan sokongan kepada penduduk al-Quds agar rancangan memindahkan mereka dapat dihalang.
Sementara itu, pengarah dan penaung ‘Forum Pemikiran Arab’ semasa penutupan forum tersebut menggesa agar sebuah jawatankuasa pembela al-Quds ditubuhkan dengan dianggotai oleh pelbagai pihak daripada pelbagai pengkhususan, kerana ia adalah isu ketamadunan dan kemanusiaan, bukan hanya isu agama, politik dan ekonomi semata-mata.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
No comments:
Post a Comment