Tuesday, April 14, 2009

Assalamu'alaikum w.b.kth

Minta maaf kerana hampir seminggu tidak sempat untuk men'update' blog ana ini. Di permulaan minggu lepas ana turun bersama Pemuda Pas Gombak ke Bukit Gantang membantu calon PAS, YB Ir Nizar Jamaluddin berkempen sambil meraih sokongan para pengundi di Bukit Gantang.
Pada akhir minggu lepas, ana terpaksa bergegas pulang ke kampung selepas ana mendapat berita yang adik lelaki ana terlibat dalam kemalangan beberapa km dari rumah ana di kampung. Sehingga ke hari ini (15/04/09), adik ini ana masih lagi dalam keadaan koma & masih bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan. Sebelum ana pulang gombak hari ahad baru-baru ni, alhamdulillah dia telah menunjukkan sedikit perkembangan positif.
Semalam (14/04/09 ) , adik ana baru selesai menjalani pembedahan kecil di lehernya untuk memudahkan usaha doktor dan jururawat membersihkan bahagian dalaman mulut adik ana.
Ana harapkan sahabat & sahabiah dapat mendoakan kesejahteraan adik ana agar dia cepat pulih seperti sedia kala @ lebih baik dari sebelumnya, Insya Allah...

No comments: