29 April 09 - sampai ke tarikh hari ini sudah masuk 22 hari adik ana tidak sedarkan diri dari koma beliau. Dah berulang-ulang kali ana melangkah naik ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Dalam hati ini dah puas untuk berada di sini, apatah lagi agaknya bagi ibu & bapa ana yang setiap hari memanjat tangga dan lif ke wad adik ana ditempatkan. Sebelum balik ke Gombak minggu lepas, ana perhatikan ayah ana tak pernah ada rasa putus asa atau hilang sabar atas ujian ni. Setiap kali ana, adik-beradik, ibu nampak bersedih , setiap kali ayah ana akan mengingatkan " Insya Allah banyakkan bersabar, Allah ada, serahkan semuanya pada Allah".
Sudah masuk 3 minggu rutin ayah ana berubah, dulu kebanyakkan waktu beliau berada di rumah dan di pejabat, tapi kini beliau berulang alik dari pejabat ke hospital. Dan yang pasti sudah 3 minggu ayah ana tidak bermalam di rumah & setiap malam jugalah beliau akan tidur bilik khas bagi wad ICU di hospital tesebut.
Baru ni ana call ayah ana... suaranya serak , terbatuk-batuk, bila ana tanya mengapa, katanya "mungkin kerana suasana hospital yang kurang baik, kotor, tempat bilik rehat yang kurang bersih, kawasan berpenyakit menyebabkan keadaan ayah kurang sihat".
1 comment:
semoga Allah swt memberi kesabaran dan memudahkan anta sekeluarga, amin
Post a Comment