MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Thursday, December 31, 2009

Gerhana bulan separa awal pagi esok


Gerhana bulan separa awal pagi esok

PUTRAJAYA: Di sebalik keghairahan menyambut Tahun Baru, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat gerhana bulan (khusuf) berikutan fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku awal pagi esok (1 Januari).

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, gerhana bulan dan matahari adalah aturan semula jadi alam yang tertakluk kepada kehendak dan izin Allah.

Justeru, orang ramai digalakkan melaksanakan ibadat sunat bagi meningkatkan keimanan kepada Allah selepas melihat tanda kebesaranNya.

“Sehubungan itu, Masjid Negara dengan kerjasama Jakim dan Agensi Angkasa Negara akan mengadakan Program Gerhana Bulan Separa di perkarangan masjid mulai 1 hingga 6 pagi dan pengisiannya termasuk menunaikan solat sunat khusuf yang akan disertai khutbah khas gerhana bulan.


“Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi ini dan bersama menunaikan solat sunat serta mendengar khutbah khas berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Gerhana dijangka bermula jam 1.17 hingga 5.28 pagi waktu Malaysia dan ia akan bermula dengan fasa penumbra jam 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada jam 3.24 pagi.

Kejadian itu hanya dapat dilihat dengan jelas apabila bulan memasuki bayang penumbra bumi iaitu dari jam 2.53 pagi hingga gerhana maksimum.




Posted by UKJ GOMBAK SETIA at 1:33 AM

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Links

  • Pemuda PAS Gombak Setia
  • PAS Dun Gombak Setia
  • Malaysia Kini
  • Tranung Kite
  • TV Pas
  • Harakah Daily

Assalamualaikum Wrth Wbrkth


Created by Crazyprofile.com

LINKS

  • Ahli Parlimen PAS
    MP PAS Sepang Bahas Bajet 2015 - Dewan Rakyat 27 Oktober 2014 – Perbahasan Bajet 2015 MP PAS Sepang
    10 years ago

Kalendar Hijri

Blog Archive

Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang

Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang

Tuan Guru Haji Hadi2

Tuan Guru Haji Hadi2

About Me

My photo
UKJ GOMBAK SETIA
Gombak, Selangor, Malaysia
Bilik Operasi UKJ Gombak Setia di alamat : No 64, Jln Tmn Gombak, Tmn Gombak, 68100, Batu Caves, Selangor, Telefon : 03-61887869, Faks : 03-61880685
View my complete profile

Followers

Waktu di Tanahair Malaysia

Waktu di Tanah Suci Makkah

We Love Tuk Guru

Renungan

Renungan

QIRA'ATIL QUR'AN

Photobucket

Al-Quran -003- Al-Imran.mp3

Search and Listen Mp3 Music Code at CodeLagu.Com

Pengunjung Blog