Tuesday, September 2, 2008

TAZKIRAH RAMADHAN 010908

TAZKIRAH RAMADHAN
PENCERAMAH : DR HAMZAH JAAFAR
MARKAZ TARBIYAH TAMAN MELEWAR

"Sesungguhnya setiap insan itu telah diciptakan dalam keadaaan yang lemah" ( ayat )

Manusia telah diciptakan oleh Allah s.w.t dalam keadaan yang lemah dan telah diciptakan Allah s.w.t akan Iblis & syaitan untuk melemahkan lagi manusia itu. Begitulah contoh dari kisah yang telah terjadi ke atas Nabi Adam a.s sewaktu Nabi Adam a.s dan Hawa a.s diperdaya oleh Iblis ketika mereka di dalam Syurga.Akan tetapi pada masa yang sama Allah s.w.t menunjukkan kehebatan-Nya dan keagungan-Nya dengan dikurniakan rahmat dan pengampunan atas segala kesilapan dan kesalahan dari kelemahan diri manusia itu sendiri. "Sesungguhnya rahmat Ku luas melampaui segala-galanya" (ayat). Terutamanya dosa dan kesalahan yang telah dilakukan oleh setiap insan itu dalam tempoh 11 bulan sebelum menjelangnya Ramadhan kali ini.

Kisah Wahsyi dan Hindun, yang telah membunuh As-Syahid Syaidina Hamzah r.a di dalam perang Uhud. Walau sekejam mana sifat mereka yang telah ditunjukkan ke atas jasad Syaidina Hamzah r.a, akan tetapi taubat dan kekesalan mereka atas kekejaman yang telah dilakukan telah diterima oleh Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. "An-nadmu taubat" (maksud-Penyesalan itu adalah taubat) Al-Hadith. Firman Allah s.w.t; "Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah s.w.t".

Pengajaran dari kisah ini :
1. Walau sejahat atau seteruk manapun seorang insan itu, akan tetapi rahmat dan keampunan Allah s.w.t itu lebih hebat jika insan itu mahu bertaubat. Pintu taubat dan keampunan tidak akan tertutup sehinggalah insan itu telah berada dalam keadaan nazak

2. Di Bulan Ramadhan ini cuba kita renungkan kembali akan kesilapan dan kelalaian yang telah di lakukan sebelum ini. Dan ingatlah bahawa rahmat Allah s.w.t itu lebih hebat dari segala-galanya.

3. Kita perlu lebih agresif dan aktif dalam mengerjakan segala amalan dengan mengharapkan ganjaran dan pahala yang ditawarkan sepanjang bulan Ramadhan kali ini

4. Kita bukanlah penghukum atas kesilapan insan sebaliknya berilah peluang bagi setiap insan yang bersalah untuk menginsafi kesilapan mereka

5. Orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t adalah orang hebat tetapi ada lagi insan yang lebih hebat dari golongan ini, iaitu Syaidina Hamzah r.a ( penghulu para syuhada' ). Akan tetapi Allah s.w.t tetap menerima taubat dan kekesalan dari kesilapan Wahsyi dan Hindun r.anhuma. Begitulah juga bagi insan di zaman ini, sesungguhnya pintu taubat sentiasa masih terbuka...

No comments: