Thursday, September 4, 2008

TAZKIRAH RAMADHAN 020908

TAZKIRAH RAMADHAN
US NASRUDDIN TANTAWI

( TIMB KETUA PEMUDA PAS PUSAT )
MARKAS TARBIYAH TAMAN MELEWAR

"Wahai orang-orang yang beriman, telah difardhukan ke atas kamu puasa sepertimana yang telah difardhukan ke atas mereka sebelum kamu, semoga kamu akan bertaqwa" ( Al-Baqarah : 183 )

Melalui ayat ini dapat difahami bahawa objektif kefardhuan ibadat puasa ialah untuk membentuk sifat taqwa kepada Allah s.w.t. Berjaya atau tidak puasa seorang mukmin itu adalah pada capainya mukmin itu ke darjat taqwa melalui puasa yg di jalani mereka.

Dr Wahbah Zuhaili dalam Tafsir Al-Munir telah menyenaraikan beberapa faktor untuk mencapai darjat taqwa :
1. Puasa akan mendidik jiwa mukmin itu untuk takut kepada Allah s.w.t samada mukmin itu dalam terbuka atau tersembunyi.
2. Ibadat puasa membantu mukmin mengekang ketelanjuran syahwat dan pengekangan nafsu terhadap diri sendiri.
3. Puasa dapat mencetuskan naluri sensitif atau simpati terhadap kesusahan orang lain. Menimbulkan rasa seimbang dan kesamarataan antara semua lapis masyarakat
4. Mewujudkan rasa keseimbangan taraf antara golongan kaya dengan golongan miskin
5. Meletakkan sistem kehidupan insan dalam sistem fitrah
6. Memulihkan struktur dalaman badan ( dari sudut saintifik )

Pengertian Taqwa :
1. Hadith dari Ibn Abbas r.anhuma : Sabda Rasulullah s.a.w "( Taqwa ialah ) Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintahnya, setiap mengingati Allah s.w.t dan tidak melupakannya, sentiasa mensyukuri di atas nikmat kurniannya dan tidak mengkufurinya". Riwayat Bukhari
2. Syaidina Umar r.a telah bertanya kepada Ubai bin Kaab r.a mengenai pengertian taqwa. Ubai bin Kaab r.a kemudian bertanya pula kepada Syaidina Umar r.a “Jika kamu harus melalui jalan yang dipenuhi dengan duri, apa yang kamu lakukan?”. Syaidina Umar r.a menjawab “Tentu saja saya akan berjalan dengan sangat hati-hati”. “Itulah taqwa”, kata Ubai bin Kaab r.a.

3. Menurut Hasan Al-Basri ; Taqwa ialah orang yang memelihara diri apa yang diharamkan dan menurut segala

perintah Allah s.w.t

4. Ibn Abas r.anhuma menafsirkan pengertian taqwa sebagai ; Orang beriman yang memelihara diri dari syirik ,

beramal untuk mentaati Allah s.w.t dalam keadaan senang dan dalam keadaan kesusahan.


Peringkat Taqwa :

Menurut Syeikh Mustafa Khairy Al-Mansuri ; Taqwa terdiri dari 3 peringkat :-

1. Peringkat Pertama : Peringkat membebaskan diri dari kekufuran dan mensyirikkan Allah s.w.t. Bagi peringkat ini, prinsip taqwa adalah tertegak di atas kalimah Toyyibah kalimah ”La Ilaha Illallah.”.

2. Peringkat Kedua : Peringkat menjauhkan diri dari segala dosa dan apa yang menghampirkan diri kepada dosa.

3. Peringkat Ketiga : Peringkat membersihkan diri dari kelalaian dan kealpaan. ( Surah Ali-Imran : 124 )


Kelebihan Sifat Taqwa bagi pejuang-pejuang Agama Allah s.w.t

1. Pejuang di jalan Allah akan dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat ( Surah Al-Maidah : 100 ), ( Surah

An-Naba’ : 31 ) , ( Surah Al-A’raaf : 96 )

2. Dihapuskan segala kesalahan dan diampunkan segala dosa. ( Surah Al-Anfal : 29 )

3. Sentiasa mendapat hidayah dari Allah s.w.t ( Surah Al-Anfal : 29 )

4. Sentiasa dibantu dan diberi pertolongan dari Allah s.w.t. ( Surah At-Taubah : 36 ), ( Ayat 1000 Dinar )

No comments: