Tuesday, October 14, 2008

Intifadha 3...hayya ya Khaibar,


Selasa, 14/10/2008 -Hamas menyatakan amaran meletusnya Intifadhah III di seluruh Palestin jika kejahatan Israel berlanjutan terhadap masjid Al-Aqsa. Ini kerana angkara jahat terhadap al-Aqsa adalah kejahatan terhadap nilai, akidah, kehormatan Palestin, Arab dan Islam.

Dr. Ismael Ridlwan, pimpinan Hamas semalam, Isnin (13/10) meminta bangsa Arab dan negara-negara Islam untuk segera menyelamatkan masjid Al-Aqsa dari kejahatan Israel yang menyerang tempat-tempat suci Islam dan tempat isra Rasulullah saw.

Bekenaan tentera Israel, Gilad Shalit, Ismael Ridwan menegaskan, pemerintah Israel bertanggungjawab penuh atas isu pertukaran tahanan dan tawanan. Ini kerana keputusan di tangan Israel. Selama ini yang berdolak-dalih dalam soal kesefahaman masalah ini adalah Israel.

Note:
sumber : COMES

No comments: