Isnin, 13/10/2008 - Lembaga Waqaf dan Peninggalan Sejarah Al-Aqsa menyatakan bahawa Zionis Israel dan kumpulan bawah tanahnya merasmikan pembukaan Sinagog (kuil) Yahudi yang didirikan di atas tanah milik waqaf Islam, 50 meter dari Al-Aqsa.
Dalam laporanya hari ini, Ahad (12/10) Lembaga Al-Aqsa menyebutkan, sinagog Yahudi tersebut terletak di kawasan Hamamul Ain di sebelah barat Masjid Al-Aqsa. Secara tepatnya berada antara Dinding Al-Buraq (Tembok Ratapan) dan pasar katun di bahagian Kota Lama.
Menurut lembaga ini, sinagog tersebut bersambung dengan terowong yang berada di bawah Masjid Al-Aqsa yang dinamakan Ehol Yetzaq. Berdasarkan maklumat yang diterima oleh lembaga Al-Aqsa, pembukaan sinagog ini dilaksanakan pada pagi tadi jam 10.00 hingga 12.00 tengahari. Majlis ini dihadiri oleh sejumlah orang penting dari kalangan zionis Israel.
Sumber : palestinkini.info
MP PAS Sepang Bahas Bajet 2015
-
Dewan Rakyat 27 Oktober 2014 – Perbahasan Bajet 2015 MP PAS Sepang
9 years ago
No comments:
Post a Comment