Monday, November 17, 2008

KEM AMAL GOMBAK 08

Bukit Lagong, 15 Nov : Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak hari ini telah menganjurkan Kem Perkhemahan Amal Gombak 2008 bertempat di Kem Belia Bukit Lagong, Selayang. Perkhemahan itu berlangsung selama 2 hari bermula 15 nov (Sabtu) sehingga 16 Nov (Ahad).

Program kemuncak Jabatan Amal Gombak itu disertai oleh 264 orang remaja dan belia dari sekitar Gombak. Antara tujuan program tersebut diadakan ialah merekrut dan memperkasakan keahlian Unit Amal DPPK Gombak. Selain itu ia juga merupakan salah satu daripada aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan modal insan DPPK Gombak khususnya kepada golongan remaja dan belia di Gombak.

Menurut pengarah program, Normazali Zainal, program kali ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dari kalangan belia dan remaja sehinggakan penyertaan terpaksa ditutup kerana melebihi sasaran. Para peserta telah telah diberi penerangan dan penjelasan berkenaaan Unit Amal oleh Pengarah Unit Amal Pusat sendiri iaiitu Ust Jamsari.

Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang program tersebut ialah Latihan Dalam Kumpulan, osbtackle games, flying fox, amal race, kembara malam dan banyak lagi. Para peserta kelihatan berpuas hati dan gembira kerana aktiviti program yang mencabar dan tidak mem¢boring¢ kan .

Program tersebut telah ditutup oleh Ust. Nasrudin Hassan, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.


Video program

http://www.youtube. com/watch? v=4eJ8ByDPFQo


http://www.youtube. com/watch? v=Elh-_2FEW08



Gambar


DSC01359 by you.

DSC01361 by you.

DSC01363 by you.

DSC01384 by you.

DSC01386 by you.

DSC01387 by you.

DSC01389 by you.

DSC01392 by you.

DSC01395 by you.

DSC01399 by you.

DSC01403 by you.

IMG_1240 by you.

No comments: