Tuesday, November 18, 2008

Program Palestin berpindah ke Damsyik.


Isnin, 17/11/2008 -Rihab Mikahal, pengarah forum antarabangsa bagi mengembalikan hak pelarian-pelarian Palestin, telah mengumumkan bahawa sesi pertama persidangan akan berlangsung di istana Faiha di Damsyik disebabkan oleh bilangan peserta yang bertambah.

Menurut beliau dalam satu kenyataan akhbar, perubahan lokasi sesi perasmian itu adalah disebabkan bilangan peserta yang besar melebihi 5,000 orang yang datang dari 60 negara Arab, Islam dan negara luar yang lain.

Pengarah itu menyatakan tokoh-tokoh terkemuka Arab dan antarabangsa akan menghadiri acara tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 23-24 November ini.

Forum itu turut melibatkan syarahan, seminar dan bengkel disamping pameran mengenai pelarian di dalam dan luar Palestin, pendeklamasian sajak dan juga persembahan artis

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

No comments: