Tuesday, November 24, 2009

Usrah UKJ & Lawatan Lajnah Tarbiyah DPPG

Taman Samudra,23/11 - Sesi usrah mingguan UKJGS semalam berlangsung seperti sediakala seperti usrah-usrah yang sebelum ini, sebelum ahli-ahli usrah dikejutkan dengan kehadiran rombongan dari Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak. Rombongan ini diketuai oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyyah DPPG, Ustaz Termizi Md Din dan disertai bersama Ketua DPPG, Ustaz Syarhan Humaizi dan Timbalan Ketua DPPG, Saudara Azizul Abu Bakar.

Lawatan Lajnah Tarbiyyah ke usrah UKJGS yang kali ini yang diadakan di Rumah Ust Muhammad Ali,diteruskan dengan agenda Lajnah Tarbiyah sebelum diteruskan semula oleh agenda usrah UKJ. Pada kunjungan ini, Ust Syarhan telah menekan beberapa perkara penting kepada ahli-ahli usrah UKJGS ; antaranya penekanan tentang sudut pentarbiyyah & pemerkasaan ahli terutamanya menerusi usrah-usrah mingguan UKJ & juga usrah gabungan pemuda gombak. Ust Syarhan juga menggesa UKJGS agar menyahut seruan DPPG dalam menjayakan projek Mus’ab Umair & 1C5P.

Rombongan DPPG & Lajnah Tarbiyah kemudiannya diraikan dengan sedikit juadah yang telah disediakan oleh tuan rumah dihujung usrah tersebut.

No comments: