Sunday, September 7, 2008

TAZKIRAH 4 RAMADHAN 1429

TAZKIRAH RAMADHAN
US NAZMI ABD KARIM
MARKAS TARBIYAH TAMAN MELEWAR

"Wahai orang-orang yang beriman, telah di fardhukan ke atas kamu (ibadah) puasa seperti mana yang telah di fardhukan ke atas mereka sebelum kamu, semoga kamu akan bertaqwa"
( Al-Baqarah : 183 )
  • Ibadah puasa telah di fardhukan ke atas Rasullullah s.a.w pada tahun ke-2 Hijrah. Sebelum kefardhuan ini, Nabi s.a.w telah pun berpuasa selama 3 hari sebulan. Puasa di fardhukan ke atas umat Nabi s.a.w telah di khususkan di dalam bulan Ramadhan manakala umat sebelumnya tiada pengkhususan seperti ini.
  • Pada awal kefardhuan puasa, ia diberi pilihan atas para sahabat r.anhum untuk menunaikannya sehingga diturunkan ayat penegasan kewajipan untuk menunaikannya
  • Antara peristiwa penting yang berlaku di Bulan Ramadhan ialah :
  1. Penurunan Al-Qur'an ( Nuzul Al-Qur'an )
  2. Perang Badar Al-Kubra ( Ma'rakat Badar )
  3. Peristiwa Fath Mekah yang berlaku pada 10 Ramadhan pada tahun 8 Hijrah
  4. Islamnya penduduk Thaif pada tahun ke-10 Hijrah
  5. Jatuhnya Palestin / Baitul Maqdis ke tangan tentera Salib
  6. Matinya Abu Jahal di Perang Badar
  • Abu Jahal @ nama sebenarnya adalah 'Amru bin Hisyam. Semenjak muda beliau digelar dengan gelaran Abu Al-Hakam oleh orang-orang Mekah. Tetapi Rasulullah s.a.w telah menggelarkannya dengan gelaran Abu Jahal kerana gelarannya yang sebelum ini, Abu Al-Hakam tidak bertetapan dengan makna sebenar gelarannya itu atas sikapnya yang menentang keras ajaran Islam walaupun ia telah mengetahui tantang kebenaran Islam.
  • Punca kebencian Abu Jahal terhadap Rasulullah s.a.w adalah kerana sebelum ini keturunan Abu Jahal sentiasa bersaing dengan keturunan Nabi s.a.w. Apabila Nabi s.a.w mengistihar atas kenabian Baginda, Abu Jahal menyangka Nabi s.a.w ingin mengejar kemashyuran dengan cara yang cepat ( main kasar ).

No comments: