Saturday, September 6, 2008

TAZKIRAH RAMADHAN 3 RAMADHAN 1429

TAZKIRAH RAMADHAN 3 RAMADHAN 1429
US ZULKARNAIN HASSAN
( S/U DEWAN ULAMA’ PAS PERAK )
MARKAZ TARBIYAH TAMAN MELEWAR

Rasulullah s.a.w telah berkhutbah di akhir bulan Syaaban ; “Wahai sekalian manusia akan datang kepada kita bulan yang agung lagi diberkati, bulan ( Ramadhan ) yang dipermulaannya adalah rahmat, di pertengahannya pula adalah keampunan manakala di akhirnya di jauhkan daripada api neraka”.

Di dalam kitab Abdullah Nasir Ulwan, Menuju Taqwa ( terjemahan ) ; pengarang menyatakan bahawa dalam mewujudkan hubungan dengan Allah s.w.t ( taqwa ) mesti ada kekuatan kerohanian yang kuat contohnya melalui qiam, membaca Al-Qur’an. Syair Arab ada menyebutkan: “Orang yang tidak bertaqwa menyeru orang kepada taqwa ibarat seperti seorang doctor yang mengubat pesakitnya sedangkan dirinya sakit.”

Bagi seorang abna’ul harakah ( anak gerakan Islam )dia mesti mementingkan kepada aspek kekuatan kerohanian samada ia mahu atau tidak mahu

5 kaedah menuju taqwa bagi sorang dai’e kepada Allah s.w.t :

Melakukan Mu’ahadah ( berjanji dengan Allah s.w.t )- Surah An-Nahl : 91 )
Di dalam kalimah Syahadah, di dalam Fatihah contohnya terkandung di dalamnya konsep berjanji dengan Allah s.w.t

Melakukan Muraqabah ( merapatkan hubungan dengan Allah s.w.t , merasakan sentiasa dalam pemerhatian Allah s.w.t )
Muraqabah adalah dengan sentiasa menilai sesuatu perbuatan dilakukan dikaitkan terus dengan agama / Allah s.w.t dengan memastikan ia tidak bercanggah dengan syarak.

Melakukan Muhasabah ( menghitung / menghisab diri )
Kata-kata Syaidina Umar r.a : “Hisablah diri kamu sendiri sebelum kamu dihisab”
Waktu terbaik untuk menghisab diri adalah setiap hari ; saat sebelum tidur

Melakukan Mua’qabah ( mendera diri / mendenda diri )
Kisah Syaidina Umar r.a yang telah menginfaqkan kebunnya kepada Fisabilillah apabila beliau telah terlepas dari menunaikan solat secara berjemaah. Dan kesan-kesan lebam dibelakang beliau kesan dari pukulan-pukulan atas kesilapan yang telah dilakukannya.

Melakukan Mujahadah
Syed Hawa di dalam Kitab ‘Tarbiyah Ruhiyah’ menyatakan bahawa cara untuk bermujahadah adalah dengan memulainya dengan membetulkan aqidah , akhlak yang luhur, iman yang sempurna, menunaikan segala kefardhuan, menggalakkan ibadah-ibadah sunat, meninggalkan perkara yang haram & makruh.
Rukun mujahadah ada 4 ;
a.) As-Sahr ( Bangkit Malam )
b.) As-Shomtu ( mendiamkan diri )
c.) Al-Ju’ ( berpuasa / banyakkan berlapar )
d.) Al-‘Uzlah (mengasingkan diri)-uzlah dimaksudkan disini adalah uzlah dari
sudut perasaan (Uzlah Su’uriyah)

No comments: